[ berita adalah dipetik dari blog sultanmuzaffar ]
Bapa kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato' Siti Nurhaliza meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, di ibu negara pukul 11.50 pagi tadi.
Taruddin Ismail, 67 tahun menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung, kencing manis dan komplikasi buah pinggang.
Arwah dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung sejak Jumaat lalu.
Taruddin meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik serta tujuh irang anak - empat lelaki dan tiga perempuan.
Menurut Siti Nurhaliza, bapanya mengadu sakit dada pada pukul 2 pagi di kediaman mereka di Kuala Lipis.
Bersama isterinya, arwah pergi ke Hospital Kuala Lipis.
Sekembalinya ke rumah, arwah rebag pada pukul 5 pagi hari yang sama.
Siti Nurhaliza kemudiannya menghantar sebuah ambulan ke Kuala Lipis untuk membawa bapanya ke Hospital Ampang Puteri.
Selepas pemeriksaan, doktor mencadangkan agar arwah menjalani pembedahan dengan segera.
Selepas berbincang dengan anak-anaknya, arwah sendiri yang menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan pada pukul 7 malam sehingga 2.30 pagi hari Sabtu.
Sekitar pukul 8 pagi hari Ahad, doktor menghubungi Siti Nurhaliza sekeluarga.
Kesemua adik-beradik, isteri dan saudara terdekat berada di sisi arwah sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir

2 comments:
waahh..
mcm mamarazi la ko..
=))
hehe~
harusla..
sekali sekala cuba bakat..
hik ;p
Post a Comment