Showing posts with label lecT. Show all posts
Showing posts with label lecT. Show all posts

Monday, July 11, 2011

semester baru sudah bermula... kamon!!~

ini ialah wallpaper handphone saya.. gambar diambil pada hari ini (11julai2011) jam 11:44 am..
*haha.mcm takde keje je amek gambar screen hp*



and

hari ni dah bermula semester baru!!~ dapat jadual baru...

ini jadual saya..
compare dengan sem lepas, sem ni pack sket.. hari2 ade clas petang,, cuma hari khamis je sy free


suka dapat clas yang banyak ni.. lepas ni takde masa la nak meroyan2..
kecuali hari khamis tu, mungkin akan meroyan jugak bila tak tau nak buat apa.. huhuuu ..


ok. sem baru. semangat baru.
sem ni berazam nak banyak gunakan ABM.. iaitu Alat Bantu Mengajar..
nak prepare slide untuk setiap class..
nak prepare set induksi yg best2..
n nak prepare bahan2 selingan supaya clas happening..

pendek kate, nak wat preparation kaw2 punya before masuk class..
sem lepas masuk kelas takde preparation langsung, main redahhh jerrr..
mentang2 la ajar subjek yang boleh "menggoreng".. hehe..

so sem ni..
wahai student2 ku,
saya berazam akan buat yang terbaik untuk kelas awak semua..
semoga!




nota kaki :











yesss.. i love what i do

Wednesday, July 6, 2011

karok sampai lebam

sekarang musim meroyan dengan berkaraoke sampai lebam..

since SPKG tu berturut2 pegi karok.. royankah?


sampai dah tak tau nak nyanyi lagu ape dah.. sume lagu pun balun jerr..
hehe...


cerita lain lak.
ari rabu lepas (29jun 2011) pegi promosi kat SMK Cedung Jaya, Maran..
sebab tak tau tempat, mengada2 nak pinjam GPS..

since zaman kat UM lagi dah kempunan nak GPS ni.. tapi rasa cam takperlu lak..
sebab selalu buat2 confident je bab2 jalan ni..
sampai ade kawan panggil funNa-GPS.. sbb selalu jadi ala2 guide gitu...
*padahal main belasah confident.. ikot instinct jer..*

rasa cool je ade GPS gantung kat sini.. GPS ni siap detect hotspot speedtrap lak.. bile exceed je bunyi bising..
mcm ni pon dah bising2.. tapi cool~~

nak satu lah!


nota kaki :
beli kereta baru yang siap ade navi pon cool jugak

Tuesday, June 28, 2011

hectic week

minggu lepas adalah minggu yang hectic.. *sebenarnya hari2 pon hectic.. JUN yg hectic*

dalam seminggu 2kali balik kampung kat terengganu..
maka travel KL-Kuantan-Terengganu-Kuantan-Terengganu-KL-Kuantan..
tak terasa penat sebab bersama family..


then..



# kursus Pemikiran Analitikal Kreatif & Inovatif


ke KL lagi.. kursus selama 4hari kat Cheras (20-23 Jun 2011)



kursus ni best! sumpah tak tipu..


sebab dapat kumpul kismis ni berkotak2.. *haha..perlu ker?*



time kursus pon sempat layan daytona.. hehe..


balik kursus je DEMAM!!!~ huuuu T__T



# dinner @ MONRODS




balik je kursus malam tu dinner kat MoNRODS..
ape speselnye monrods ni?

takdela spesel ape pong.. tapi dah lama rasa nak pegi makan kat sini, takde orang nak bawak..
balik kursus barula ade orang sudi belanje makan kat sini.. tertunai hajat.. ;)

thanx kak ct & hadry..!!~




# Kuatagh @ SPKG


abes kursus terus balik kuantan sebab nak attend SPKG ni (24-26 Jun 2011)


ape tu SPKG? ialah Sireh Pulang Ke Gagang..
annual program MRSM Kuantan, yg mana bekas2 pelajar datang balik ke maktab..

semangat datang WALAUPON demam! *hidup Kuatagh!* haha.


malam tu dinner kambing golek bagai.. balik, sendiri yang tergolek..


seronok dapat jumpa kawan2 lama.. get together... memang full la aktiviti.. dari pagi sampai pagi.. dapat tido pon 2jam je... tapi seronok! tq guys!!~~



masa ni la jugak gedik2 nak pakai shawl la konon... hehe (*_*) .. pulun nk bergambar dalam kereta.. kereta saya tapi drivernya midjah.. ini kerana saya memang dah tak larat nak drive.. thanx ye miza!~


jumpa kawan2 walaupon demam tak terasa demam nye...



nota kaki :
syukur....

Wednesday, January 12, 2011

happy birthday abah!~


12 Januari 2011

besday abah yang ke-60..

bangun pagi wish terus... sms je.. sbb berada jauh di perantauan (chewwah!)
weekend ni balik baru nak celebrate...


arini cuti.. cuti saja2..
dan telah sepakat bersama pensyarah2 lain pergi Bukit Gambang Waterpark..
masa untuk bersukaria sementara student takde lagi..
ini kali ketiga pegi BukitGambang Waterpark tu..
takde apa yang menarik, sama macam yang lepas2..


dan malam sambung rutin hari rabu..
tengok wayang... cerita Season of the witch...
tengok cerita ni kena banyak istighfar(bak kata fizul..)


kesimpulannya...
Live Life to the fullest!!~


nota kaki :
nak berehat lagi.. nak cuti lagi..

Thursday, December 30, 2010

funNa dan 2010

tahun 2010 dah nak sampai ke penghujungnya..
rasa macam sekejap je masa berlalu..

oh!! im 24???
yes u are funNa!!~
*sila sedar*


alhamdulillah, 2010 boleh dikategorikan sebagai tahun yang best, bahagia, tenang, indah, dan segala yang positif sebab tahun 2010 ni smooth je perjalanannya,,, alhamdulillah.


banyak kenangan, kejayaan dan memori yang tercipta sepanjang tahun..
semuanya boleh dikatakan indah2 belaka.. ;)


thanx kepada mereka2 yang telah mengindahkan diari 2010 saya.. ;) ;)


kalau nak di-review kann memang banyak..
so kite wrap-up...



banyak kejayaan yang mempositifkan diri yang seimbang meliputi aspek2 JERI..
iaitu Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek..
(ala2 falsafah pendidikan negara gitu..)


1. Jasmani

  • Kuatagh @ Mount Kinabalu
dalam kesibukan kerja, funNa sempat join Kuatagh mendaki Gunung Kinabalu.. n dirasakan ini satu aktiviti fizikal yang membanggakan.. alhamdulillah.


  • Badminton every monday
every monday 6pm - 7pm funNa akan main badminton bersama ofismet kat dewan persatuan badminton negeri pahang.. walaupon sport ini takdela hebat sangat, tapi bolehlah daripada takde.. alhamdulillah.


  • Jogging bila free
bile ade je waktu2 free atau lebih tepat bila ade je teman berjogging, pasti funNa akan berjogging, biasanya kat Taman bandar je, sambil jogging sambil usha jodoh.. manalah tau kot2 bertemu jodoh time jogging.. alhamdulillah.






2. Emosi

  • stay single for the whole year
satu kejayaan tahun 2010 funNa kekal single sepanjang tahun.. seterusnya membuktikan funNa boleh je hidup takde boifren.. alhamdulillah.


  • ikhlas melakukan sesuatu perkara
emosi tahun 2010 ni lebih stabil.. hati lebih tenang bila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.. alhamdulillah.


  • banyak aktiviti bersama rakan2 dan family
2010 banyak dihabiskan dengan family dan rakan2.. almaklumlah funNa akan meroyan bila duduk sorang2.. rasa bersyukur sangat dikurniakan family dan rakan2 yang membahagiakan.. alhamdulillah.






3. Rohani

  • Bacaan yaasin onn Thurs
dalam kesibukan duniawi, funNa juga taklupakan aktiviti kerohanian.. setiap khamis malam jumaat pasti akan baca yaasin.. dan juga surah2 pilihan yang lain.. hari lain pon baca jugak.. alhamdulillah.


  • Doa Selamat ganti birthday party
kalau tahun2 sebelum ni celebrate birthday mesti ade party and ofkos nyanyi2 potong cake, tapi birthday party tahun 2010 ni lain sikit.. buat majlis bacaan yaasin, solat hajat, tahlil dan doa selamat kat rumah baru kat Kuantan.. tahun ni takde cake, ganti dengan pulut kuning & rendang mama buat.. alhamdulillah.


  • sesi muhasabah diri
sekarang macam suka bermuhasabah.. sucikan hati daripada semua perasaan2 negatif.. mintak maaf bila ada wat silap, n memaafkan org.. bila muhasabah kan, pastu hati rasa macam tenang je.. alhamdulillah.





4. Intelek

  • workaholic - kerja on weekend
kalau tahun 2009 takpernah langsung kerja weekend, sebab selalu nak balik dating dgn boifren, tapi tahun 2010 ni nampaknya lebih workaholic.. weekend pon rajin kerja.. kalau ada offer untuk buat short-course on weekend, memang dah takde tolak-tolak macam tahun lepas.. terima n redha je.. alhamdulillah.


  • work-based
dalam dua tahun kerja ni, dapat compare la.. 2010 is better.. funNa lebih matang dalam bab2 kerja.. alhamdulillah.


  • kursus/seminar/bengkel for self-development.
2010 ni pon banyak pegi kursus yang membangunkan diri n berguna la.. dan funNa pon lebih matang n dah tak main2 masa kursus.. alhamdulillah.




and all these membuatkan funNa 2010 adalah lebih baik dari funNa2009..

dan..

harapan..

semoga

funNa2011 adalah lebih baik dari funNa2010..

amin..


nota kaki :
semoga!

Monday, December 27, 2010

Isnin terakhir 2010

Wake-up call from KU (Ketua Unit) bertanyakan perihal baki cuti either nak carryforward or nak kira Golden-Hand-Shake (kalau betul itu istilahnya)
Apekejadah GHS tu pon aku xtau..
Walaupon ini adalah tahun kedua kerja gomen ni, tapi tadi baru dengar pasal golden2 itu..
Ini sebab FIRST TIME ada BAKI CUTI.. (Gile funNa kuat kerja tahun ni..!)
So keputusannya, KU jugak yang tolong decide.. Takde guna dia call nak2 time tengah mamai2 kan, haruslaa bluRr..

Oh, kenapa call?

Sebab..

Saya masih bercuti.. Cuti sampai tahun depan.. (Bunyi macam lama je, hakikatnya seminggu je pon!)

Aha.

Now masih di Gombak.. Bersenang2 gaya org jobless..
Dan juga gaya anak tunggal..
Sebab tinggal bertiga sahaja kat rumah ni..

So

Isnin terakhir 2010 dihabiskan bersama family....


Isnin pertama 2011 akan kembali bekerja seperti sediakala.. InsyaALLAH.


nota kaki :
bestnyerrr makan-tido-makan-tido
gaji jalan....

Friday, December 10, 2010

THE ROAD NOT TAKEN

Esok ada Program Gerak Usahawan 2010 kat Teluk Cempedak.
Wajib pergi kerana dapat ARAHAN MENJALANKAN TUGAS RASMI..
Ingat macam nak ngelat gak sebab jadi AJK Promosi je..
n 4 sure promosi tugas before event..
tapi dah arahan menjalankan tugas sudah digazet..
maka macam harus menurut perintah "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"


Dan


Esok juga wedding wani.. Kawan masa belajar kat UM dulu..
Kitorang satu geng ala2 Geng Bas Sekolah.
(Ada nama geng kitorang tapi aku tak ingat)

Wani dah cakap lama dah suruh block-the-date..
sebab masa die tunang aritu dah takdatang,, excuse pasal-apa-entah-tak-ingat..
maka wedding dia ni macam HARUSSS la kan..


Haiya. Dilemma lagi..

nota kaki :
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both

Thursday, September 2, 2010

HAPPY ANNIVERSARY!!!!~

1 September 2009 - 1 September 2010



1st Anniversary..





maka harus celebrate la kann,,,, walaupon Ramadhan..



iftar kat Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur



makan kat ruang atas, santai sikit..


kami : ting, kak sue, kak nida, idris, funNa, kak yusz, kak nomi

tak dilupakan 2 rakan yang tidak dpt join kami : kak miza & kak iza


selepas berbuka, kitorang meneruskan niat ke Secret recipe untuk acara potong kek dan bertukar-tukar hadiah...





i pon dapat hadiah, from kak iza.. (kak nini wakilkan)


hadiah ape i dapat..


taraaaaa....

pearl.. sgt nice! boleh pakai raya.. tq kak iza!~



yang depan itu adalah cenderamata semua orang dapat..
ssemua orang bermaksud kami ber-sembilan..
sukeee ;)



we are 1!



sangat bahagia dikelilingi rakan-rakan sebegini.. dan juga rakan2 sekerja yang lain...
1 tahun kat KK Kuantan ni rasa macam sekejap lak..




nota kaki :
bersyukur dengan anugerahNya!~

Wednesday, September 1, 2010

pejam celik pejam celik

dah setahun kerja kat Kolej Komuniti Kuantan, Pahang.


1 September 2009 - 1 September 2010



cepatnye masa berlalu..





nota kaki :

Semoga ... semoga.. dan semoga..

Monday, August 9, 2010

Ekspedisi Jelajah Kampung funNa

berbekalkan mood "EKSPEDISI JELAJAH 1MALAYSIA" kami (2buah kereta) telah menjelajah kampungku.. Kampung Baru Ajil, Terenggnu..

plan3 ramai yang nak ikut ekspedisi ni..
konon2 4buah kereta lah jugak..
tapi hampeh last minit ramai lak yg tak jadi nak ikut.. (bikin gua panass jugak)
tp mungkin dorang penat program jelajah semalam tu..
ok. boleh diterima.


ekspedisi ni saje2 jer.. sebab mama ada kat kampung cakap banyak buah takde orang nak amek..


maka seawal jam 9++pagi kitorang bertolak.. perjalanan sejam setengah je...



awal2 kitorang pegi ladang tebu...
amek tebu barang satu-dua..
(uji kekuatan gigi masing2)



juga ambik kelapa muda..





buah manggis yang diambik sendiri kat pokok..

sape yang panjat pokok??

jeng.jeng.jeng..



hari tu idris jadi hero panjat pokok...



dan heroinnya kak nida.. ;)




inilah hasilnya.. banyak gile ok!
penuh satu boot kereta bawak balik..







selepas aktiviti panjat-memanjat pokok..




siap bawak bekal!



nota kaki :
thanx korang sebab sudi datang kampung saya...
lainkali datang lagi heh!



Wednesday, July 21, 2010

hari ini dan semalam

"monyok jeee"


"nape tak ceria mcm sebelum2 ni?"


"u nampak pucat!"


"kenapa ni? tak sehat ke?"


"eh, ada masalah ke?"


"oi! cirit ke?"



semua dialog di atas adalah daripada teguran rakan-rakan ofis...

semalam dan hari ini..

saya pon rasa tak bermaya..

ini kerana


SAYA BERPUASA!!!


**Ramadhan dah dekat, baru terhegeh2 nak ganti.. huuu


nota kaki :
bagusnya puasa membuatkan saya tidak bernafsu langsung!
pegi warehouse sale tetapi langsung tidak mengeluarkan wang!
fui-yoh! berjayakawal nafsu

Sunday, January 31, 2010

try @ kursus laman web

arini 31/1/2010 ahad mengajar kursus laman web (blog)

try




upload gambar




Monday, January 18, 2010

hari ini

hari ni dah start kelas untuk sem baru..

semua pensyarah pun dah kelihatan busy compare to last week..

tapi aku.. boleh lak nak update blog.. adoiyai~



sesungguhnya banyak lagi perkara belom settle..

RMS belum buat lagi, FRP tunggangterbalik, rekod kehadiran belum wujud lagi, subjek belom daftar dalam iDBMS lagi,, fail sokongan takde lagi..

hadeyh,

kalau nak list senarai kerja yang tak settle memang banyak, sampai aku sendiri pon tak ingat apa yang patot kene buat..


ouh, modul!!!

sem ni kena ajar subjek yang tak pernah ajar, yang lain dari sem lepas.. sem ni kena ajar matematik 1, matematik 2, n pembangunan diri 3.

sume yang tak pernah diajar..

paling serabot bila fikir kena ajar math,, haruslah aku jugak kena study.. huh!


apa2pun, baik aku siapkan RMS dulu...




GLOSARI :
RMS = rekod mengajar semester
FRP = fail rekod pensyarah




nota kaki :
come on funNa!!!~ u can do it!!!!~
(haha. dah lama tak guna ayat ni..)


Thursday, December 24, 2009

funNa & December

sebelum ni funNa ada wish supaya December adalah indah.. semua indah.. dan indah-indah sahaja..


mari kita lihat apa yang terjadi pada December ini..




## funNa asek makan besar ##




makcik, pakcik n kazen turun kuantan.. dan makan konon2 celeb bday skali.. hehe




## funNa @ Kejohanan Sukan Kolej Komuniti Kuantan ##



iaitu pada 5 dis 2009 di Kompleks Belia & Sukan Pahang





seawal jam 7pagi bertolak untuk aerobik!



funNa & her students..
*nampak mcm sebaya kan? kuikuikui ;p*



funNa bersukan..
mula-mula main badminton...




next, kena main volleyball..



come on cik farhana!! u can do it!
haha.. walaupon xterer main, redahhh jerrrr..





next.. kena main lagi.. main netball lak..
1st game ok lagi... masih boleh bernafas.. dan masih boleh bergerak aktif...




2nd game.. cepat2 rebut GK.. sebab konon dapat rilex sket..
skali GS > GK (GS is greater than GK)
camno.. ponat den nak jago eh,,




sume game lawan ngn student...

keupayaan pensyarah < keupayaan student

huhuh..

penat mak!



habis je game, terus cabot balik KL tanpa menunggu majlis penutup!
*tak dapat nak bergambar ketika disarungkan medal.. huhu*







## funNa @ fiera's wedding##





after sukan, bergegas ke KL..dan BERTUKAR!!!!~


semata2 nak attend wedding fiera..


bestfren tyme MRSM Kuantan.. besfren kawen sape xnk datang...


even datang lewat.. sy tetap make it..
lepak rumah fiera dr pukul 8pm - 10pm..
*kacau pengantin la korang ni...*



hadiah sy untuk fiera.. janji ikhlas.. hehe ;)




kami yang mengacau pengantin..
from left : ipe, muaz, boy (hb fiera), si cantik fiera, diana, si-gelabah-nak-pegi-jugak-wedding-ni
redah je g wedding malam2..
ni sume salah muaz.. tunggu die datang gombak sampai dekat nk magrib..
pegi lak bandar baru bangi mengharungi jam.. nasib baik muaz adalah calon pelumba f1.. ;p





## funNa @ PC Fair ##



pada 6 dis 2009..
pagi2 da keluar amek mamat ni kat UM




dan ke PC Fair semata2 nak beli laptop untuk die...




ini adalah first time pegi PC Fair..
sumpah xpenah pegi.. sbb xsuke pegi tempat ramai org..
tapi bila dah gi,, xde la seteruk yang disangka..
;)





## funNa @ Kampung Pengantin ##





cepat2 balik dari PC Fair sbb AlwaniFickry sudah tunggu di depan rumah!



misi kami ke Kampung Pengantin utk attend wedding Kak Zihan..

sangat chantek ok Kak Zihan!~




ttbe nak balik, kereta xleh start la pulok!




nasib baik ada hero2 yang datang tolong...



tq hero wani!! (yang belakang tuu ;p)







## funNa on December 7 ##




jaga exam!



breakfast..

bersama mereka di Nor Cafe



petang after keja, kak miza lak belanje...



besday girl makan free saje..



kemudian aktiviti menonton wayang..


sebelom menonton, ke surau dulu.. menunaikan kewajipan..







funNa menonton new moon di hari jadi..



bersama rakan2 ofis..
satu row kami conquer...


walaupon tiada acara memotong cake pada tahun ini,
funNa tetap enjoy..

*gmbar celebrate besday kat Pizza Hut xdapat ditransfer.. uhu*





## funNa @ Kursus Rekabentuk Penyelidikan ##




funNa selaku jawatankuasa penyelidikan kolej harus melibatkan diri..
kursus selama 2hari 9&10 dis 2009..
funNa lah MC..
funNa lah ajk makanan..
tapi dapat jugak manage..
kerana bantuan dari pensyarah2 lain.. juga ketua2..


minggu itu sangat pack!

ada lagi program...

to be continue lah,,,


Job Stress??



funNa dan Job Stress??

to be continue...



nota kaki :

hidup ini bagai lampu dinding...