Tuesday, January 12, 2010

boleh pakai ke?

saya musykil..

cinta pandang pertama.. boleh pakai ke?


oh, mungkin boleh pakai... first time ko tengok ko da jatuh cinta.. ok. boleh terima.


kenal 2 hari terus bercinta.. boleh pakai ke?

oh, mungkin boleh pakai... ko admire die, die admire ko.. maka terus bercinta.. ok. boleh terima.


terus nak kahwin.. boleh pakai ke?


oh, mungkin boleh pakai... dah tiba jodoh ko dan dah tertulis jodoh ko pada saat itu.. huh? hohhoo, ini saya tak boleh terima.


kenapa saya tak boleh terima?


sebab...

baru kenal beb.
ko kompem ke itu yang terbaik?
ko dah buat penialaian ke?
apa kayu pengukur yang ko guna?
dah buat solat istikharah?


kita selalu dengar petikan hadith yang ni..


“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



ok. 4 perkara tu..
macamana ko nak pastikan 4 perkara tu kalau dengan hanya pandang pertama terus ko nak kahwin..?

mungkin la faktor kecantikan tu ko boleh tengok.. tapi itu adalah kecantikan luaran.. kecantikan dalaman? akhlak? budi pekerti? baik ke tidak.. ko dah kaji ke?


ko kompom ke ko kahwin ad-hoc ni boleh bahagia?


kalau ye pon desperate nak kahwin, fikirlah sedalam2nya dulu..


kalau dah jatuh hukum wajib kahwin sekalipon, ko kena fikir gak bai.. sape calon ko tu.. ko kena lah pilih betol2...


memanglah perkahwinan itu satu ibadat, tapi tak perlulah tergesa-gesa.. kawan dulu.. kenal hati budi... supaya tak tersalah pilih... supaya tak menyesal di kemudian hari...

ini tidak.. macam ad-hoc!~ cepat gila buat keputusan nak kahwin.. semalam ko kenal, arini ko nak kahwin.. apakah? perkahwinan ad-hoc namanya tu..

dan buatkan orang berfikir.. "ko ni kenapa? dah terlanjur ke?"




nota kaki :

ini pendapat saya,.

[ulang suara] ini pendapat saya...