hari ni 1 ogos 2009..
bulan yang sangat dinantikan dengan penuh debar..
kerana banyak peristiwa yang akan berlaku dalam bulan ogos ini..
dan sekarang saya rasa macam belum bersedia untuk menghadapi bulan ogos ini...
ini adalah kerana.....
pada bulan ogos ini bakal terjadi...
8 ogos 2009
peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (ptd) gred M41
ini adalah kali pertama untuk saya menduduki peperiksaan bagi memasuki perkhidmatan awam..
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. saya masih lagi dalam proses berlatih untuk menulis karangan untuk diadaptasi dalam peperiksaaan bahagian satu seksyen D dan E.. kerana semua orang pon tahu saya tidak mahir membina ayat-ayat puitis dalam menulis esei.. dan saya juga tidak tahu lokasi tempat peperiksaan saya iaitu di Institut Profesional BaitulMAL, off jalan kampung pandan..
dimanakah lokasinya?
10 - 13 ogos 2009
insyaALLAH akan ke kursus di Melaka
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. dari segi mental dan fizikal, mungkin saya akan terganggu sedikit memandangkan pada keesokan harinya adalah hari besar buat saya.. dan saya terfikir kalaulah saya ada kuasa untuk menangguh tarikh kursus tersebut memandangkan saya benar2 dan sangat2 mahu pergi ke kursus tersebut sebab saya memang suka berkursus yang akan buat saya kurus!
bole ke tunda ek?
14 ogos 2009
Majlis Konvokesyen bagi Sarjana Muda Sains Komputer
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. baju konvo, tudung konvo, fotografer, kassut konvo, dll masih belum di finalize..
masih berfikir nak pakai baju ape ek?
22 ogos 2009
Bulan Ramadhan dijadualkan tiba..
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. puasa belum habis diganti.. lagi satu hari.. satu hari sahaja lagi..
bila nak ganti ni?
31 ogos 2009
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. saya belum lagi memikirkan tempat yang sesuai untuk menggantung bendera..
apakah?
1 comment:
feskum....
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang sebab saya masih belum bersedia secukupnya....
sebab saye belom beli hadiah lagi untuk cik farhana....
kehkehkehkeh....
:D :D :D
Post a Comment