Friday, December 31, 2010

hari terakhir 2010 : muhasabah diri

hari ni banyak sesi muhasabah diri je..
pesanan2 dan tazkirah daripada mama, tengok rancangan televisyen saluran Astro OASIS, baca buku2 motivasi dan agama..

memang terkesan!

seakan telah membina satu azam baru dalam diri..

berusaha menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik~~







nota kaki:
Selamat Datang 2011~~
Semoga 2011 lebih baik dan baik2 saja...
SEMOGA!

Thursday, December 30, 2010

funNa dan 2010

tahun 2010 dah nak sampai ke penghujungnya..
rasa macam sekejap je masa berlalu..

oh!! im 24???
yes u are funNa!!~
*sila sedar*


alhamdulillah, 2010 boleh dikategorikan sebagai tahun yang best, bahagia, tenang, indah, dan segala yang positif sebab tahun 2010 ni smooth je perjalanannya,,, alhamdulillah.


banyak kenangan, kejayaan dan memori yang tercipta sepanjang tahun..
semuanya boleh dikatakan indah2 belaka.. ;)


thanx kepada mereka2 yang telah mengindahkan diari 2010 saya.. ;) ;)


kalau nak di-review kann memang banyak..
so kite wrap-up...



banyak kejayaan yang mempositifkan diri yang seimbang meliputi aspek2 JERI..
iaitu Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek..
(ala2 falsafah pendidikan negara gitu..)


1. Jasmani

  • Kuatagh @ Mount Kinabalu
dalam kesibukan kerja, funNa sempat join Kuatagh mendaki Gunung Kinabalu.. n dirasakan ini satu aktiviti fizikal yang membanggakan.. alhamdulillah.


  • Badminton every monday
every monday 6pm - 7pm funNa akan main badminton bersama ofismet kat dewan persatuan badminton negeri pahang.. walaupon sport ini takdela hebat sangat, tapi bolehlah daripada takde.. alhamdulillah.


  • Jogging bila free
bile ade je waktu2 free atau lebih tepat bila ade je teman berjogging, pasti funNa akan berjogging, biasanya kat Taman bandar je, sambil jogging sambil usha jodoh.. manalah tau kot2 bertemu jodoh time jogging.. alhamdulillah.






2. Emosi

  • stay single for the whole year
satu kejayaan tahun 2010 funNa kekal single sepanjang tahun.. seterusnya membuktikan funNa boleh je hidup takde boifren.. alhamdulillah.


  • ikhlas melakukan sesuatu perkara
emosi tahun 2010 ni lebih stabil.. hati lebih tenang bila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.. alhamdulillah.


  • banyak aktiviti bersama rakan2 dan family
2010 banyak dihabiskan dengan family dan rakan2.. almaklumlah funNa akan meroyan bila duduk sorang2.. rasa bersyukur sangat dikurniakan family dan rakan2 yang membahagiakan.. alhamdulillah.






3. Rohani

  • Bacaan yaasin onn Thurs
dalam kesibukan duniawi, funNa juga taklupakan aktiviti kerohanian.. setiap khamis malam jumaat pasti akan baca yaasin.. dan juga surah2 pilihan yang lain.. hari lain pon baca jugak.. alhamdulillah.


  • Doa Selamat ganti birthday party
kalau tahun2 sebelum ni celebrate birthday mesti ade party and ofkos nyanyi2 potong cake, tapi birthday party tahun 2010 ni lain sikit.. buat majlis bacaan yaasin, solat hajat, tahlil dan doa selamat kat rumah baru kat Kuantan.. tahun ni takde cake, ganti dengan pulut kuning & rendang mama buat.. alhamdulillah.


  • sesi muhasabah diri
sekarang macam suka bermuhasabah.. sucikan hati daripada semua perasaan2 negatif.. mintak maaf bila ada wat silap, n memaafkan org.. bila muhasabah kan, pastu hati rasa macam tenang je.. alhamdulillah.





4. Intelek

  • workaholic - kerja on weekend
kalau tahun 2009 takpernah langsung kerja weekend, sebab selalu nak balik dating dgn boifren, tapi tahun 2010 ni nampaknya lebih workaholic.. weekend pon rajin kerja.. kalau ada offer untuk buat short-course on weekend, memang dah takde tolak-tolak macam tahun lepas.. terima n redha je.. alhamdulillah.


  • work-based
dalam dua tahun kerja ni, dapat compare la.. 2010 is better.. funNa lebih matang dalam bab2 kerja.. alhamdulillah.


  • kursus/seminar/bengkel for self-development.
2010 ni pon banyak pegi kursus yang membangunkan diri n berguna la.. dan funNa pon lebih matang n dah tak main2 masa kursus.. alhamdulillah.




and all these membuatkan funNa 2010 adalah lebih baik dari funNa2009..

dan..

harapan..

semoga

funNa2011 adalah lebih baik dari funNa2010..

amin..


nota kaki :
semoga!

Monday, December 27, 2010

Isnin terakhir 2010

Wake-up call from KU (Ketua Unit) bertanyakan perihal baki cuti either nak carryforward or nak kira Golden-Hand-Shake (kalau betul itu istilahnya)
Apekejadah GHS tu pon aku xtau..
Walaupon ini adalah tahun kedua kerja gomen ni, tapi tadi baru dengar pasal golden2 itu..
Ini sebab FIRST TIME ada BAKI CUTI.. (Gile funNa kuat kerja tahun ni..!)
So keputusannya, KU jugak yang tolong decide.. Takde guna dia call nak2 time tengah mamai2 kan, haruslaa bluRr..

Oh, kenapa call?

Sebab..

Saya masih bercuti.. Cuti sampai tahun depan.. (Bunyi macam lama je, hakikatnya seminggu je pon!)

Aha.

Now masih di Gombak.. Bersenang2 gaya org jobless..
Dan juga gaya anak tunggal..
Sebab tinggal bertiga sahaja kat rumah ni..

So

Isnin terakhir 2010 dihabiskan bersama family....


Isnin pertama 2011 akan kembali bekerja seperti sediakala.. InsyaALLAH.


nota kaki :
bestnyerrr makan-tido-makan-tido
gaji jalan....

Friday, December 24, 2010

yay yay cuti!!!!

arini nak balik KL..
cuti panjang sampai tahun depan...
maka,
bubbye orang Kuantan.. Jumpa tahun depan~
jangan rindukan saya..
haha..


oh. esok kenduri kat rumah Sri Gombak..
acara tahunan family.. kenduri akhir tahun..

jempot datang u ol!!~
acara start kol3pm dan keatas.. *sehingga tetamu dan makanan habis*


nota kaki :
tak sabarnyee nak jumpa family semua....
rinduuuuu

Monday, December 13, 2010

dah ingat dah nama geng


GENG FIRST YEAR!!~



haa... itulah nama geng kitorang.. bila tengok gambar ni automatic ingat nama geng.. GENG FIRST YEAR..

kenapa first year?.

sebab ni lah geng yang mula2 close masa first year kat UM..
geng2 kenal time haluansiswa..

shitek - wani - aku - erfa - anis

lepas haluansiswa je terus stick together..
5 orang.. satu kereta.. bikin havoc merata2..
jelajah semua kolej yang ada cafe..
sebab time tu tak makan kat DM sangat.. *DM ialah Dewan Makan*
join projek pon sama2..

ish.. banyak sangatlah kalau nak cerita..
adoi.. dah membuahkan bait2 rinduu...
damn!


nota kaki :
semoga ikatan persahabatan ini kekal dan dirahmati..
walaupon sorang kat utara, selatan, timur dan barat...
rindunyerr... rasa nak balik zaman2 remaja itu

Friday, December 10, 2010

THE ROAD NOT TAKEN

Esok ada Program Gerak Usahawan 2010 kat Teluk Cempedak.
Wajib pergi kerana dapat ARAHAN MENJALANKAN TUGAS RASMI..
Ingat macam nak ngelat gak sebab jadi AJK Promosi je..
n 4 sure promosi tugas before event..
tapi dah arahan menjalankan tugas sudah digazet..
maka macam harus menurut perintah "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"


Dan


Esok juga wedding wani.. Kawan masa belajar kat UM dulu..
Kitorang satu geng ala2 Geng Bas Sekolah.
(Ada nama geng kitorang tapi aku tak ingat)

Wani dah cakap lama dah suruh block-the-date..
sebab masa die tunang aritu dah takdatang,, excuse pasal-apa-entah-tak-ingat..
maka wedding dia ni macam HARUSSS la kan..


Haiya. Dilemma lagi..

nota kaki :
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both

Wednesday, December 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY funNa!!!~

i just turned 24 yesterday..

theres a "MAJLIS BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT, TAHLIL dan DOA SELAMAT" for my birthday instead of a party..








the guests...







the foods...


mee kari - sponsored by Kak Suryani.. Thanx sis!

main course - nasi lemak by "HOTCAT"'s chefs



me & dzu (Kuatagh's rep)



the kids..







football fever..


the chefs as the last guests



having family and friends on my birthday,, it was soooooo lovely....


THANX EVERYONE!!!!~~


lotsa love~~


love
love
love
love

love




nota kaki :
feel blessed!
Thank You ALLAH~

Saturday, December 4, 2010

its DECEMBER again.. holaa~~

December datang lagi..

Semoga disember ini lebih baik dari disember lepas...

Semoga.

Friday, November 19, 2010

apabila mereka meroyan

Ape reaksi korang bila


"Sayang, apa khabar? Tak ingat kat I ke?"
"Sayang, I still tak boleh lupakan u.."
"bla.bla..bla..."


tapi bila korang tak layan, buat dono je
Tetiba..


"Jemput datang majlis tunang saya esok"
"Majlis kawen saya hujung tahun ni.."


Rasa nak bagi penampar tak???



Nota kaki:
Wahai manusia, TOLONGGG LAaaaa..

Thursday, November 18, 2010

jangan cari saya lagi boleh tak? plizzzzz

Saya tak kuat.




Nota kaki :
Easy to forgive, hard to forget.

Wednesday, November 10, 2010

aku hidup dalam kenangan

sedang meng'godek' lappy ini.. tengok2 gambar lama..

sambil dengar lagu

without you - mariah carey

"i cant live..if living is without u..."



uuuuuuuu


sedihnyaaaaaa!!~



nota kaki :
zaman remaja dah nak habis ke?


Tuesday, November 9, 2010

QOTD : Live life to the fullest!!

People are gonna talk about you.
Especially when they Envy the life you live.
Let them.
You affected their lives,
They didn't affect yours

Friday, November 5, 2010

HAPPY DEEPAVALI!!~

happy deepavali kepada rakan2 yg menyambutnya...





nota kaki :
cutiiii........... bestnyer!!!!!~

Thursday, November 4, 2010

ape patot korang rasa..

apa patot korang rasa..
bila boifren/gurlfren korang *ooppss, ex* dah bertunang or kahwin dengan orang lain




nota kaki :
kes tengok drama tv

Wednesday, November 3, 2010

mohon Tuhan untuk kali ini saja...

ini rupanya lagu yang aku nyanyi dari semalam...
tp nyanyi part "mohon Tuhan untuk kali ini saja" sajerk...

heee


Lirik Lagu Sheila On 7 – Hari Bersamanya

Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya

Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya

[*]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya

[**]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya

Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya

[*][**]

Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)

Back to [*][**]

Hariku bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya

Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya

Tuesday, November 2, 2010

oktober : bulan yang sangat busy!

oh
oktober sudah berlalu...

bulan yang sangat busy dengan program student, program kolej, program pensyarah, program family, program kawan2... n many more lah!

mileage kereta untuk bulan oktober je dah cecah tiga-ribu-lebih..

travel KL-Kuantan-Terengganu-Kuantan-KL in 1day dah jadi biasa..
*malaysia ini kecik saje rasenye*

sangat busy sampai takde masa untuk diri sendiri..
dan disebabkn itulah saya telah me-reward diri sendiri dengan 3das hadiah..
triple reward..


harapan untuk bulan november ini : semoga lebih tenang dan rilex..



nota kaki :
oh disember sangat ditunggu-tunggu!~

Tuesday, October 12, 2010

kelakar la weyh!

rasa kelakar lak bila orang seakan mahu melarikan diri dari aku..

ko buat biasa je tak boleh?

too obvious la beb!

Saturday, October 9, 2010

tunggu 20.12.2012

Sekarang memang musim rakan-rakan sebuaya aku *oops! SEBAYA* kahwin.
Dan sekarang lah masanya aku dihujani dengan pertanyaan2 yang aku sendiri tak suka dan tak gemar nak jawab.
Pertanyaan yang berbunyi ala2 begini "KO BILA NAK KAHWIN?"

Adoi. Soalan yang susah mengalahkan soalan PMR.
Sebab aku sendiri tak ada jawapan yang pasti.. Dan selalunya aku akan jawab dengan senyuman ala2 senyum kambing gitu. Paling2 pon perkataan yang keluar adalah "ENTAH."

Dan berkumandanglah lagu "ENTAH...masihkah ada..cinta di hatiku..untukmu..ENTAH..kapankah ku ddapat..membuka hati..untukmu.."

Sejujurnya aku pun tak tau bila nak kahwin. Sebab secara jujurnya aku masih belum bertemu cinta sejatiku.. *chewah!*

Aku berdoa semoga dipermudahkan jodohku. Semoga aku bertemu insan yang menyayangi aku setulus hati dan dapat membimbing aku ke jalan yang betul, jalan yang diredhai, jalan yang lurus no bengkok2.. Aminnnnnn...


Nota kaki :
Semoga .

Friday, October 8, 2010

eyh, ko da kahwin ke?

Kenapa aku tak tau ko dah kawen?

Dan

Kenapa aku tak tau ko belajar kat UM jugak?


...
.

Thursday, October 7, 2010

oh Jawa!

Sekarang berprogram di Banting..

Berjumpa ramai orang jawa disini..

Oh soooo cool....

Tuesday, October 5, 2010

hye stalker!!~

first of all,
saya ucapkan terima kasih banyak2 sebab stalk saya selama ni..
membuatkan saya rasa glam dan lebih berkeyakinan untuk melangkah..


2nd,
saya mintak maaf sebab saya remove anda dari facebook..
kerana saya rasa saya tidak memerlukan anda di situ..
tapi jangan bimbang..
saya masih memerlukan anda..


3rd,
saya perlukan anda disini..
disinilah medium yang seswai..
atleast boleh naikkan hit blog saya ini supaya nuffnang sy masyuuukk sket!
heee..
teruskanlah menjadi stalker terhebat abad ini yerh..



nota kaki :
cili itu pedas!

Wednesday, September 22, 2010

Selamat hari Raya!!~~

selamat hari raya u ol!!~~~


maaf zahir batin..

Thursday, September 2, 2010

HAPPY ANNIVERSARY!!!!~

1 September 2009 - 1 September 2010



1st Anniversary..





maka harus celebrate la kann,,,, walaupon Ramadhan..



iftar kat Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur



makan kat ruang atas, santai sikit..


kami : ting, kak sue, kak nida, idris, funNa, kak yusz, kak nomi

tak dilupakan 2 rakan yang tidak dpt join kami : kak miza & kak iza


selepas berbuka, kitorang meneruskan niat ke Secret recipe untuk acara potong kek dan bertukar-tukar hadiah...





i pon dapat hadiah, from kak iza.. (kak nini wakilkan)


hadiah ape i dapat..


taraaaaa....

pearl.. sgt nice! boleh pakai raya.. tq kak iza!~



yang depan itu adalah cenderamata semua orang dapat..
ssemua orang bermaksud kami ber-sembilan..
sukeee ;)



we are 1!



sangat bahagia dikelilingi rakan-rakan sebegini.. dan juga rakan2 sekerja yang lain...
1 tahun kat KK Kuantan ni rasa macam sekejap lak..




nota kaki :
bersyukur dengan anugerahNya!~

Wednesday, September 1, 2010

pejam celik pejam celik

dah setahun kerja kat Kolej Komuniti Kuantan, Pahang.


1 September 2009 - 1 September 2010



cepatnye masa berlalu..





nota kaki :

Semoga ... semoga.. dan semoga..

Friday, August 27, 2010

bercuti selama 5hari..

harini cuti sempena Nuzul Al-Quran..


Selasa ni cuti Merdeka lak..



dikira-kira (Jumaat-Sabtu-Ahad-Isnin-Selasa)



5 hari cuti weyh!!!~



haruslah aku berjimba kat KL ni...



nota kaki :
rasa seronok Ramadhan kat rumah...
feeeeeel sangat!

Thursday, August 26, 2010

duit raya da tukar... yay!!~

yay!!

akhirnya berjaya tukar duit raya...


tukar takdelah banyak sangat...
sekadar termampu je...


tapi kan... skarang tengah mencari sampul duit raya yang ade gambar duit ni..


yang macam ni... mana mau carik heh? rasa macam cool lak.. sampul tunjuk RM100, bukak-bukak isi sehinggit sajork.. wakenabeb! haha.. coooollll..



korang pon nak duit raya? datanglah rumah aku yerk!~


nota kaki :
apply cuti untuk raya selama 2minggu..
(haruslah beraya sakan)

Tuesday, August 24, 2010

rindunya nak ber-blog

bila dah bukak balik blog ini dan baca entry-entry sebelum ini,
timbul pulak rasa satu macam..
rase RINDUUU..

rindu nak blog-blog-blog..!

tapi..
serasa macam dah hilang skill-skill updateblog.. *cheh!ayat selalu taknak kalah*



nota kaki :
lepas ni dah takyah gedik-gedik nak private blog bagai..

Monday, August 23, 2010

template baru.. goodbye jeans!!~

hari ini hari isnin.
hari isnin memang bosan.
bosan apabila takde kerja dan taktau nak buat apa.
taktau nak buat apa dan malas nak keluar dan bersosial.
bersosial di bulan puasa tidak berapa bagus.
bagus lagi jika tidak kacau orang dan duduk di ofis mengadap lappy.
mengadap lappy dan membuat apa2 yang patot.
patot menjenguk blog ini...
dan blog ini telah bertukar template dengan sengaja...
sengaja nak gedik2...

maka.. tiada lagi blog jeans!




huuu.. akan rindukah?


takpe funNa, YANG PATAH TUMBUH, YANG HILANG KAN BERGANTI. (chewah!)



welcome design baru!~ (oh, ukan design sendiri... pilih template saje)



bila dah tukar template ni,
macam2 lak muncul... (masa blog jeans takmau muncul.)


sebagai contoh..




banner ini.. tiba2 muncul.... banner ini adalah hasil kak Ashikin Abdullah... dia buat dan bagi masa 3rd year kat UM if tak silap...

sukeee ;)


nota kaki :
berazam untuk kembali aktif ber-blog...
akan tercapaikah?
atau hangat-hangat tahi ayam saje..

Monday, August 9, 2010

Ekspedisi Jelajah Kampung funNa

berbekalkan mood "EKSPEDISI JELAJAH 1MALAYSIA" kami (2buah kereta) telah menjelajah kampungku.. Kampung Baru Ajil, Terenggnu..

plan3 ramai yang nak ikut ekspedisi ni..
konon2 4buah kereta lah jugak..
tapi hampeh last minit ramai lak yg tak jadi nak ikut.. (bikin gua panass jugak)
tp mungkin dorang penat program jelajah semalam tu..
ok. boleh diterima.


ekspedisi ni saje2 jer.. sebab mama ada kat kampung cakap banyak buah takde orang nak amek..


maka seawal jam 9++pagi kitorang bertolak.. perjalanan sejam setengah je...



awal2 kitorang pegi ladang tebu...
amek tebu barang satu-dua..
(uji kekuatan gigi masing2)



juga ambik kelapa muda..





buah manggis yang diambik sendiri kat pokok..

sape yang panjat pokok??

jeng.jeng.jeng..



hari tu idris jadi hero panjat pokok...



dan heroinnya kak nida.. ;)




inilah hasilnya.. banyak gile ok!
penuh satu boot kereta bawak balik..







selepas aktiviti panjat-memanjat pokok..




siap bawak bekal!



nota kaki :
thanx korang sebab sudi datang kampung saya...
lainkali datang lagi heh!



Wednesday, July 21, 2010

hari ini dan semalam

"monyok jeee"


"nape tak ceria mcm sebelum2 ni?"


"u nampak pucat!"


"kenapa ni? tak sehat ke?"


"eh, ada masalah ke?"


"oi! cirit ke?"



semua dialog di atas adalah daripada teguran rakan-rakan ofis...

semalam dan hari ini..

saya pon rasa tak bermaya..

ini kerana


SAYA BERPUASA!!!


**Ramadhan dah dekat, baru terhegeh2 nak ganti.. huuu


nota kaki :
bagusnya puasa membuatkan saya tidak bernafsu langsung!
pegi warehouse sale tetapi langsung tidak mengeluarkan wang!
fui-yoh! berjayakawal nafsu

Wednesday, July 7, 2010

memberi harapan VS menaruh harapan

apakah?

Monday, June 21, 2010

mount kinabalu : i made it!






telah pergi ke Kinabalu pada 15 - 19 jun yang lepas..

sangat22222 best!!!

*masih speechless*

tengok gambar dulu







nota kaki :
camera rosak.. fon abes bateri..
makanya tunggu gambar2 dari geng2 lain jela...