Saturday, October 9, 2010

tunggu 20.12.2012

Sekarang memang musim rakan-rakan sebuaya aku *oops! SEBAYA* kahwin.
Dan sekarang lah masanya aku dihujani dengan pertanyaan2 yang aku sendiri tak suka dan tak gemar nak jawab.
Pertanyaan yang berbunyi ala2 begini "KO BILA NAK KAHWIN?"

Adoi. Soalan yang susah mengalahkan soalan PMR.
Sebab aku sendiri tak ada jawapan yang pasti.. Dan selalunya aku akan jawab dengan senyuman ala2 senyum kambing gitu. Paling2 pon perkataan yang keluar adalah "ENTAH."

Dan berkumandanglah lagu "ENTAH...masihkah ada..cinta di hatiku..untukmu..ENTAH..kapankah ku ddapat..membuka hati..untukmu.."

Sejujurnya aku pun tak tau bila nak kahwin. Sebab secara jujurnya aku masih belum bertemu cinta sejatiku.. *chewah!*

Aku berdoa semoga dipermudahkan jodohku. Semoga aku bertemu insan yang menyayangi aku setulus hati dan dapat membimbing aku ke jalan yang betul, jalan yang diredhai, jalan yang lurus no bengkok2.. Aminnnnnn...


Nota kaki :
Semoga .

1 comment:

Shida said...

xpe.. kita enjoy dulu.. aku pon lmbt lg weh..