Saturday, August 1, 2009

SELAMAT DATANG OGOS!!!!!~

hari ni 1 ogos 2009..


bulan yang sangat dinantikan dengan penuh debar..

kerana banyak peristiwa yang akan berlaku dalam bulan ogos ini..

dan sekarang saya rasa macam belum bersedia untuk menghadapi bulan ogos ini...

ini adalah kerana.....

pada bulan ogos ini bakal terjadi...





8 ogos 2009


peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (ptd) gred M41

ini adalah kali pertama untuk saya menduduki peperiksaan bagi memasuki perkhidmatan
awam..
saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. saya masih lagi dalam proses berlatih untuk menulis karangan untuk diadaptasi dalam peperiksaaan bahagian satu seksyen D dan E.. kerana semua orang pon tahu saya tidak mahir membina ayat-ayat puitis dalam menulis esei.. dan saya juga tidak tahu lokasi tempat peperiksaan saya iaitu di Institut Profesional BaitulMAL, off jalan kampung pandan..

dimanakah lokasinya?




10 - 13 ogos 2009

insyaALLAH akan ke kursus di Melaka

saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. dari segi mental dan fizikal, mungkin saya akan terganggu sedikit memandangkan pada keesokan harinya adalah hari besar buat saya.. dan saya terfikir kalaulah saya ada kuasa untuk menangguh tarikh kursus tersebut memandangkan saya benar2 dan sangat2 mahu pergi ke kursus tersebut sebab saya memang suka berkursus yang akan buat saya kurus!

bole ke tunda ek?



14 ogos 2009


Majlis Konvokesyen bagi Sarjana Muda Sains Komputer

saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. baju konvo, tudung konvo, fotografer, kassut konvo, dll masih belum di finalize..

masih berfikir nak pakai baju ape ek?




22 ogos 2009


Bulan Ramadhan dijadualkan tiba..

saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. puasa belum habis diganti.. lagi satu hari.. satu hari sahaja lagi..

bila nak ganti ni?




31 ogos 2009


Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52

saya sangat excited untuk ini tapi janganlah tarikh itu cepat2 datang.. sebab saya masih belum bersedia secukupnya.. saya belum lagi memikirkan tempat yang sesuai untuk menggantung bendera..

apakah?





nota kaki :

ku mengharapkan bulan ini penuh makna



Wednesday, July 29, 2009

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

kepada rakan-rakan yang bakal konvo tahun 2009 ni,


jangan lupa buat survey pengesanan graduan..



sile lah ke http://202.186.86.250/kpgv4/





nota kaki :

baik buat, nanti tak boleh amik jubah konvo ;)

something happened last night (part II)



cerita aku before dis tak detail ek..



buat korang tertanya2 ek..




sabar ek..






nanti aku cerita ek..






(bape banyak 'ek' da..)









hehe.

erm, ramai yang bertanyakan details cerita tersebut.. thanx korang yang bertanya.. kire korang ambik berat gak la pasal aku.. hehe ;p






ok.



sambungan cerita nya... (rase macam nak copy-paste je yang aku dah cerita dlm ym n msg)



takpe. demi korang (chewah!) aku sanggup menaip walau seribu patah ayat sekalipon.. hehe ;D




ceritanya begini..





aku balik rumah lewat dalam kol 10mlm camtula.. sbb baru balik dari appointment kat the curve (berjimba sbenanye..)



balik sorang2.. aku tak terus naik atas.. aku mandi siap2 kat bawah.. (bawah bermaksud rumah di tingkat bawah)..




afta mandi, aku lepak2 kat bawah lagi sambil membaca.. (wah!~ funNa membaca!!)
keadaan masa itu sunyi.. hanya bunyi kipas dan lampu sahaja.. dan juga bunyi majalah yang diselak-selak..




tiba-tiba... (jeng! jeng! jeng!!)




kedengaran bunyi2an di tingkat atas.. seperti orang cuba mahu membuka pintu dari balconi atas.. dan juga bunyi *ape entah.. susah nak describe*



pendek kate (panjang tak kate ape).. macam ade orang nak ceroboh masuk tapi tak berjaya..
*ouh. security kat rumah aku sangat kuat.. hehe*





masa 1st aku dengar bunyi tu, aku buat2 taktau je.. mungkin jiran sebelah nak masuk rumah die ke..




bile dah semacam je bunyi, aku intai la jiran sebelah dan sebelah.. oh!gelap! tiada orang..



makanya...



apa korang akan rase? takut tak?



for sure la aku takot.. dan2 xtau nak roger sape.. 1st, aku call adik aku kat UM.. dia tengah ade program ape entah ngn hep.. siap cakap kat aku "akak call jela mama.. bagitau mama"



adeyh, aku taknak bgtau mak aku, tak nak dia risau.. sebab mak aku ni jenis cepat gelabah sikit.. (sory mama! hehe)



then, aku call kakak aku, dan die seperti biasa la, handphone ke mane-mane.. (maksudnya tak angkat)



habis sume orang aku nak roger..





last2.. bila dah takut sangat.. aku call mak aku.. 1st call, tak angkat.. 2nd call pon tak angkat..



call ayah aku lak.. angkat!~ aku pon mengadu la kat ayah aku..



ayah aku : hello assalamualaikum..

aku : waalaikumsalam..


ayah aku : kakak call mama tadi eh? mama tengah smayang.. ade ape?


aku : aaa..mmm (tak bole nak cakap.. tak keluar suara.. haha)


ayah aku : kenapa ni?


aku : taa.. taa.. takooott..


ayah aku : kenapa-kenapa?


aku : (sambil tahan nangis.. bercerita..) blablabla..






dan ayah aku pon menenangkan aku.. ayah aku memang seorang yang tenaaang je.. mak aku yang cepat panik..



keadaan aku yang tenang tadi tu berubah bila mak aku yang call balik..



*aku pon jadi menggelabah! hahah.. kelakar ingat situasi tu..*




mak aku pon roger kawan2 dia kat sini..





makanya...




terjadilah ramai2 datang rumah aku...





1st yang datang adalah anuar dengan kayu baseball.. (mula2 ingat stick hoki).. wah!~ macam drama lak..






haha.. rasa kelakar lak..




and, malam tu aku gi tido umah jiran.. malu gile rase..



begitulah ceritanya.. jelas tak? (masih jelaassss... hehe. gaye hafiz af7)




tamatlah cerita aku..




iklan jap>>


tengah2 aku taip wat cerita ni kan.. tiba2 aku teringat cerita karanagn budak2 ni..




contoh1 :












contoh 2 :






nota kaki :

dah baca karangan budak tu berkali-kali pon, aku still gelak lagi.. tak boleh tahan cerita hantu die tu.. hahahah.. =)) gelak-guling-guling

Thursday, July 23, 2009

something happened last night

sesuatu berlaku malam tadi..

bila aku fikir balik, macam kelakar la pulak..

memang drama swasta la..

tengah-tengah malam... boleh lak wat kecoh..

satu taman datang umah aku.. (tipula satu taman tu..)


first time aku buat drama macam tu..


tapi situasi yang berlaku malam tadi memang buat aku takut.. macam tak nak dah duduk umah sorang-sorang.. takut yang memang takut.. macam nak nangis pon ade.. memang nak nangis pon..tapi aku kuatkan semangat, tabahkan hati.. hehe.. ;)




nota kaki :
masih ada yang sayang..

Monday, July 20, 2009

kereta sudah dibasuh

kereta dah pun dibasuh... sport rim dah kilat balik...


maknanya..


gaji da masuk... hehe ;D




nota kaki :

tunggu gaji dari UM lak..


Sunday, July 19, 2009

looking for photographer

yes..



im looking for aphotographer to capture my sweet n precious moments during my convo..




my conferment session will be on 14/08/2009..

*maybe can hv photoshoot session on d other day as i think its not approp to do a photoshoot on dat day.. huu*







perlu ke fotografer-fotografer ni?


perlu!!~ ikut suke aku la.. aku nak! ko tak nak, ko diam la.. huuu








ko serius nak fotografer?


yes.. seriusnye serius ni,,,








anyone hv a 'lobang' cari fotografer yang hebat dan affordable?





oh.. in addition..



if possible, i nak skali printing n album with cover design..

*wah!!~ aku dah terbayang2 album yang chantek..*










nota kaki :

sangat tak sabar untuk convo.. teruja beb!!~

Saturday, July 18, 2009

Twitter

mari ber-Twitter

hehe.


tapi macam tidak pandai menggunakan fungsi dengan sepenuhnya.

sebab aku macam tak tau la pulak nak update ape..

adeyh..


akan aku cuba!!~





nota kaki:

saya budak baru belajar

Friday, July 17, 2009

HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE

sangat teruja nak tengok harry potter malam ni..



ya. temujanji kita adalah jam 10 malam ini di GSC Signature @ The Gardens..





kenapa The Gardens?

entah.. tak dapat nak jawab.. sebab tiket itu bukan dibeli olehku..





sape yang beli?

ohh.. ini adalah *huu, cane nak cakap ehh.. aj tolong jawab!!*.. huu.. senang cerita, tiket sumbangan aj.. *chewah, sumbangan!!~ ;p*





ini company aj.. maybe company die punye outing project.. tengok harry potter gold class..



iyee.. gold class.. hehe..




thanx AJ n bos aj!!!~



nota kaki:

nanti insyaALLAH akan di update.. xpon, tunggu kat blog wawa atau along.. kompem dorang akan lagi cepat update compare aku.. ngee

perkara pertama yang nak dilakukan bila dapat gaji



BASUH KERETA!!!!~



yes.. perkara pertama yang akan aku lakukan bila dapat gaji ialah basuh kereta!!~



kesian kereta aku.. dah lama tak dimandikan.. mandi hujan je..


kereta pon dah tak anggun,, takde rupa..




sportrim yang berkilat dah jadi hitam sampai mama tegur
"kakak tukar sportrim ek? ke mmg color tu?"




oh.. sangat rasa tersindir.. huu

aku tak kira!!~ dapat je gaji nanti aku nak basuh kereta!!!~




duhh~~nak basuh kereta pon tunggu gaji ke??
oh..semestinya.. sebab bukan aku yang akan membasuhnya.. gadis cuci yang akan basuh.. aku nak hantar kedai la..







perlu ke hantar kedai? basuh sendiri kan boleh!~
ahhh!!~ suke hati aku lah!!!!~






nota kaki :

ohh.. kereta patut diservis 16julai.. :(

Thursday, July 16, 2009

tersentap!!!~

tersentap mendengar gosip itu..


kepada CC berkenaan, "sila jangan buat fitnah!!!~"


"aku tak kacau ko... ko jangan kacau aku!!!~"



dush. dush.!!!~ (sambil sepak-laju-laju)




nota kaki :

shooh.shoohh.. nyah kau dari sini!!~