Showing posts with label kehidupan pensyarah. Show all posts
Showing posts with label kehidupan pensyarah. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

hectic week

minggu lepas adalah minggu yang hectic.. *sebenarnya hari2 pon hectic.. JUN yg hectic*

dalam seminggu 2kali balik kampung kat terengganu..
maka travel KL-Kuantan-Terengganu-Kuantan-Terengganu-KL-Kuantan..
tak terasa penat sebab bersama family..


then..



# kursus Pemikiran Analitikal Kreatif & Inovatif


ke KL lagi.. kursus selama 4hari kat Cheras (20-23 Jun 2011)



kursus ni best! sumpah tak tipu..


sebab dapat kumpul kismis ni berkotak2.. *haha..perlu ker?*



time kursus pon sempat layan daytona.. hehe..


balik kursus je DEMAM!!!~ huuuu T__T



# dinner @ MONRODS




balik je kursus malam tu dinner kat MoNRODS..
ape speselnye monrods ni?

takdela spesel ape pong.. tapi dah lama rasa nak pegi makan kat sini, takde orang nak bawak..
balik kursus barula ade orang sudi belanje makan kat sini.. tertunai hajat.. ;)

thanx kak ct & hadry..!!~




# Kuatagh @ SPKG


abes kursus terus balik kuantan sebab nak attend SPKG ni (24-26 Jun 2011)


ape tu SPKG? ialah Sireh Pulang Ke Gagang..
annual program MRSM Kuantan, yg mana bekas2 pelajar datang balik ke maktab..

semangat datang WALAUPON demam! *hidup Kuatagh!* haha.


malam tu dinner kambing golek bagai.. balik, sendiri yang tergolek..


seronok dapat jumpa kawan2 lama.. get together... memang full la aktiviti.. dari pagi sampai pagi.. dapat tido pon 2jam je... tapi seronok! tq guys!!~~



masa ni la jugak gedik2 nak pakai shawl la konon... hehe (*_*) .. pulun nk bergambar dalam kereta.. kereta saya tapi drivernya midjah.. ini kerana saya memang dah tak larat nak drive.. thanx ye miza!~


jumpa kawan2 walaupon demam tak terasa demam nye...



nota kaki :
syukur....

Thursday, January 13, 2011

tak seronok langsung

arini dah dapat jadual mengajar untuk sem ni.. student pon dah register sem baru semalam..
class akan bermula minggu depan..
makanya tiada lagi sesi-bersuka-ria-sesuka-hati..





inilah jadual semester ni..

tak seronok dapat jadual ni.. seakan tak bermotivasi untuk bekerja.. nak berhenti kerja boleh tak?
(ko nak kena pelempang ke funna?)

ok. diam sahaja.


nota kaki :
sila positif!!~

Monday, December 27, 2010

Isnin terakhir 2010

Wake-up call from KU (Ketua Unit) bertanyakan perihal baki cuti either nak carryforward or nak kira Golden-Hand-Shake (kalau betul itu istilahnya)
Apekejadah GHS tu pon aku xtau..
Walaupon ini adalah tahun kedua kerja gomen ni, tapi tadi baru dengar pasal golden2 itu..
Ini sebab FIRST TIME ada BAKI CUTI.. (Gile funNa kuat kerja tahun ni..!)
So keputusannya, KU jugak yang tolong decide.. Takde guna dia call nak2 time tengah mamai2 kan, haruslaa bluRr..

Oh, kenapa call?

Sebab..

Saya masih bercuti.. Cuti sampai tahun depan.. (Bunyi macam lama je, hakikatnya seminggu je pon!)

Aha.

Now masih di Gombak.. Bersenang2 gaya org jobless..
Dan juga gaya anak tunggal..
Sebab tinggal bertiga sahaja kat rumah ni..

So

Isnin terakhir 2010 dihabiskan bersama family....


Isnin pertama 2011 akan kembali bekerja seperti sediakala.. InsyaALLAH.


nota kaki :
bestnyerrr makan-tido-makan-tido
gaji jalan....

Friday, December 10, 2010

THE ROAD NOT TAKEN

Esok ada Program Gerak Usahawan 2010 kat Teluk Cempedak.
Wajib pergi kerana dapat ARAHAN MENJALANKAN TUGAS RASMI..
Ingat macam nak ngelat gak sebab jadi AJK Promosi je..
n 4 sure promosi tugas before event..
tapi dah arahan menjalankan tugas sudah digazet..
maka macam harus menurut perintah "SAYA YANG MENURUT PERINTAH"


Dan


Esok juga wedding wani.. Kawan masa belajar kat UM dulu..
Kitorang satu geng ala2 Geng Bas Sekolah.
(Ada nama geng kitorang tapi aku tak ingat)

Wani dah cakap lama dah suruh block-the-date..
sebab masa die tunang aritu dah takdatang,, excuse pasal-apa-entah-tak-ingat..
maka wedding dia ni macam HARUSSS la kan..


Haiya. Dilemma lagi..

nota kaki :
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both

Tuesday, November 2, 2010

oktober : bulan yang sangat busy!

oh
oktober sudah berlalu...

bulan yang sangat busy dengan program student, program kolej, program pensyarah, program family, program kawan2... n many more lah!

mileage kereta untuk bulan oktober je dah cecah tiga-ribu-lebih..

travel KL-Kuantan-Terengganu-Kuantan-KL in 1day dah jadi biasa..
*malaysia ini kecik saje rasenye*

sangat busy sampai takde masa untuk diri sendiri..
dan disebabkn itulah saya telah me-reward diri sendiri dengan 3das hadiah..
triple reward..


harapan untuk bulan november ini : semoga lebih tenang dan rilex..



nota kaki :
oh disember sangat ditunggu-tunggu!~

Thursday, September 2, 2010

HAPPY ANNIVERSARY!!!!~

1 September 2009 - 1 September 2010



1st Anniversary..





maka harus celebrate la kann,,,, walaupon Ramadhan..



iftar kat Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur



makan kat ruang atas, santai sikit..


kami : ting, kak sue, kak nida, idris, funNa, kak yusz, kak nomi

tak dilupakan 2 rakan yang tidak dpt join kami : kak miza & kak iza


selepas berbuka, kitorang meneruskan niat ke Secret recipe untuk acara potong kek dan bertukar-tukar hadiah...





i pon dapat hadiah, from kak iza.. (kak nini wakilkan)


hadiah ape i dapat..


taraaaaa....

pearl.. sgt nice! boleh pakai raya.. tq kak iza!~



yang depan itu adalah cenderamata semua orang dapat..
ssemua orang bermaksud kami ber-sembilan..
sukeee ;)



we are 1!



sangat bahagia dikelilingi rakan-rakan sebegini.. dan juga rakan2 sekerja yang lain...
1 tahun kat KK Kuantan ni rasa macam sekejap lak..




nota kaki :
bersyukur dengan anugerahNya!~

Monday, August 9, 2010

Ekspedisi Jelajah Kampung funNa

berbekalkan mood "EKSPEDISI JELAJAH 1MALAYSIA" kami (2buah kereta) telah menjelajah kampungku.. Kampung Baru Ajil, Terenggnu..

plan3 ramai yang nak ikut ekspedisi ni..
konon2 4buah kereta lah jugak..
tapi hampeh last minit ramai lak yg tak jadi nak ikut.. (bikin gua panass jugak)
tp mungkin dorang penat program jelajah semalam tu..
ok. boleh diterima.


ekspedisi ni saje2 jer.. sebab mama ada kat kampung cakap banyak buah takde orang nak amek..


maka seawal jam 9++pagi kitorang bertolak.. perjalanan sejam setengah je...



awal2 kitorang pegi ladang tebu...
amek tebu barang satu-dua..
(uji kekuatan gigi masing2)



juga ambik kelapa muda..





buah manggis yang diambik sendiri kat pokok..

sape yang panjat pokok??

jeng.jeng.jeng..



hari tu idris jadi hero panjat pokok...



dan heroinnya kak nida.. ;)




inilah hasilnya.. banyak gile ok!
penuh satu boot kereta bawak balik..







selepas aktiviti panjat-memanjat pokok..




siap bawak bekal!



nota kaki :
thanx korang sebab sudi datang kampung saya...
lainkali datang lagi heh!



Wednesday, July 21, 2010

hari ini dan semalam

"monyok jeee"


"nape tak ceria mcm sebelum2 ni?"


"u nampak pucat!"


"kenapa ni? tak sehat ke?"


"eh, ada masalah ke?"


"oi! cirit ke?"



semua dialog di atas adalah daripada teguran rakan-rakan ofis...

semalam dan hari ini..

saya pon rasa tak bermaya..

ini kerana


SAYA BERPUASA!!!


**Ramadhan dah dekat, baru terhegeh2 nak ganti.. huuu


nota kaki :
bagusnya puasa membuatkan saya tidak bernafsu langsung!
pegi warehouse sale tetapi langsung tidak mengeluarkan wang!
fui-yoh! berjayakawal nafsu

Thursday, April 29, 2010

kena SPELL kah?

japlagi 10.30 ada kelas, tapi rasa cam nak tangguh je.. sebab apa?
sebab....

1 ) tak tau nak ajar apa..
arini nak masuk topik baru, tapi nota xde.. nak bagi tugasaan, tapi tugasan tu memerlukan penerangan yang berbentuk teori.. diulangi, TEORI.. haruslah tak boleh nak 'menggoreng'.. adeyh..
maka pagi2 sampai ofis terus menggodek2 (godek ok! ;p) mencari nota..dan juga alternatif lain, iaitu mengGOOGLE.. GOOGLE punye GOOGLE, nota yang dicari xmenepati piawaian.. (PIAWAIAN beb... ayat JK Kualiti)..
maka,apabila dah fed-up cari nota, terus bukak ini blog..dan UPDATE... yeah!!


sebab yang seterusnya...

2) tak sihat..

start dari semalam, balik dari Bazar Jualan Amal tu dah rasa tak sedap badan.. bila fikir negatif je, terfikirlah, "kene spell ke?".. sebab smlm ada org sapu minyak dan gosok2 nadi.. huhuuu.. jangan spell saya.. saya nak sihat!!
nak tau apa jadi......
semalam saya muntah2 dengan banyaknya.. penuh satu sinki bilik air tu.. huhuuuu...
saya tak biasa muntah2 ni.. huuu..
bila muntah je, mula la rasa nak nangis.... sebab memang dah habit dari kecik, muntah je mesti nanges.. waaaaaa..
nak mengadu kat mama.. tapi fikir balik macam dah besar, perlu ke nak runsingkan mama yang jauh2 tu... huuu
maka, kak nida la jadi tempat saya mengadu.. thanx kak nida!


dan pagi tadi kak nida belikan breakfast ni... tq tq!

pagi ni brekfes custard cream roll sajerk.. masih tak larat.. huuu..


nota kaki :
nak tangguh kelas boleh tak?
huuuu..
tak laratttttt

Tuesday, January 19, 2010

hari ini lak

kalau hari semalam saya macam xde keje (boleh rujuk entry semalam yang bertajuk "hari ini" ..) tapi hari ini saya sudah mula mencari kerja...



hari ini saya sangat excited untuk masuk ke kelas pertama untuk sem ini..
walaupon sekadar 'assist' sahaja...


inilah kelas kak mai yang saya assist..
duduk kat belakang je...


sebelom masuk kelas..
saya : kakmai, pukul bape nak masuk kelas..?
kak mai : kol10.30nanti..


selangbeberapa minit..
saya : kakmai, bila nak g ni? i nk g skali
kak mai : okok.. nanti i nak pegi, i panggil u..



belom pukul 10.30 lagi...
saya : kakmai, i dah ready.. jom!!
kakmai: jap2... (sambil cepat2 siap)




dalam perjalanan ke kelas..
kak mai : nape u excited sangat nak gi kelas ni?
saya : i bosan la u... i xmasuk kelas lagi..





dan hari ni,, semua pon dah siap...



fail rekod pensyarah dah wujud..



rancangan mengajar semester (RMS) da siap..




senarai kehadiran pelajar dah ada..




dan pensyarah ini masuk kelas,, posing-posing sajork... haha




barang2 ke kelas..




oh ya!! ini beg baru.. yang dibeli sendiri.. 1st time beli handbag mahal2 pakai duit sendiri.. huuu..



nota kaki :
semangat sem baru..